Monday, May 31, 2010

Cuppies For Ustazah




Selamat hari jadi Ustazah. Cuppies ni dideko oleh anak dara saya yg sorang tu. Dia yang volunteer nak buat sebab baru je bagitau nak cupcake esok untuk besday ustazah kat Sekolah Agama. Mama tolong bakar, buat outline pastu yang lain dia yang buat. Color pun color faveret dia purple. So... tengoklah hasil tangan anak dara saya ni...

Friday, May 28, 2010

Demo Simple Cupcakes by Chef Mastura




Bake Well Sri Gombak 28 May 2010, Kelas demo simple deco oleh Chef Mastura. Thanks Chef untuk resepi cupcakes yang sedap tu. Selalunya kalau ditempah cuma ada rasa butter dan chocolate yang biasa, tetapi kali ni emmm... sedap gak kalau boleh ditukar dengan kek strawberry chocolate... cheese chocolate...Orange Zesty...Classic Chocolate brownise, mocca dan rich chocolate chip... Kalau dibuat kek sebiji mungkin lagi sedapkan...? Secara jujur saya memang kurang minat untuk membuat cupcakes, tetapi keadaan sekarang dimana cupcakes memang popular. Jadi tak salah untuk belajar membuatnya. Kelas akan datang... emm tengah memikir nak amik kelas apa dulu yer... tengoklah nanti... tunggguuu.....

Saturday, May 22, 2010

Selamat Hari Guru 'Teacher'




Sambutan hari guru di tadika disambut meriah, walaupun pertama kali disambut. Semua ini adalah idea dari 'sir' practical di tadika. Walau apapun terima kasih diucapkan kepada semua 'teacher' yang begitu sporting pada hari itu, tak lupa juga pada ibu bapa yang sibuk membeli hadiah buat semua 'teacher' dan semua 'sir'. Terima Kasih semua. Antara hadiah yang 'teacher' dapat, dan hamper untuk 'teacher dan 'sir'.

Monday, May 10, 2010

Happy Mother's Day MAK




Hamper dan kek Sempena hari ibu 9 May 2010. Satu untuk Mak tersayang dan satu Makcik. Terima Kasih atas segala pengorbanan dan kesabaran yg mak berikan selama membesarkan kami 5 beradik. Allah sahaja yang dapat membalasnya. SELAMAT HARI IBU MAK....

Sunday, May 9, 2010

Steam Buttercream Workshop With Chef Alan Ooi





Kelas pada 8 May 2010 di Bake Well Sri Gombak. Chef mengajar cara membuat border dan mendeko dengan membuat pelbagai jenis bunga dengan nozel yang sesuai. Apapun seronok berada dalam kelas tu sebab jumpa dengan kawan yang sekepala, Kak liza (kakak ke.. hehehe... saya ni perasan mudalah tu). Jumpa juga ngan kak Sara. Apapun banyak juga pengetahuan dalam membuat pelbagai jenis bunga ni. Susah Jugalah sebenarnya. Pokok pangkalnya tangan masing-masing dan sekreatif mana kita mendeko kek sendiri.

Friday, May 7, 2010

Kek Comel Hari Ibu




Kek Comel yang ditempah oleh kawan-kawan anak saya sempena hari ibu.

Fancy Cookies Class




Lama tak update blog. firstly minta maaf banyak-banyak kat kak Sara sebab lambat upload gambar kak Sara tengah seronok mendeko. Satu lagi minta halal apa-apa yang kurang ye, maklumlah saya sendiri pun masih tengah belajar. Macamana dengan cookies yang dibawa balik hari tu, dah siap dideko ke? Mesti cantik-cantik kan? Jangan lupa ye hantar gambar kat saya.