Wednesday, June 23, 2010
Happy Father's Day
Oreo Cheese Cake sempena sambutan father day. HAPPY FATHER'S DAY buat Abah tersayang dan buat Suami tercinta. Tapi abah tak merasa kek ni sebab sibuk ngan sambutan besday 2 cucu dia yang balik bercuti tu pada hari yang sama. Tak kisahlah sebab dan ada kek teddybear dengan party besday diorang. Antara menu hari tu meehoon soto, mee rebus sate, tu belum masuk buah dengan kuih-muih lagi tu.. hui penuhlah meja hari tu. Apapun terima kasih buat Angah ngan Emi yang buat party tu.
Heppi Besday Hezlynn...
Muffin Order
Thursday, June 10, 2010
Demo Cheese Cake With Chef Lai
Demo Cheese Cake With Chef Lai
Sekarang cuti sekolah, but still need to go to tadika sebab budak-budak ada kelas intensive. Belah petang lari kejap pegi demo cheese cake oleh Chef Lai. Second class with chef Lai. Try resepi cheese plak. Hui sedap. Antara resepi yang diajar Oreo cheese cake, Peach crumble cheese cake dan Tofee Caramel cheese cake. Thank you Chef...
Kuih Apam
Haa... try resepi dari lyza.. (sweetnely). Sebelum ni pernah beli kat kedai dekat ngan tadika. Tapi sekarang orang tu dah tak meniaga lagi. Puas gak lah mencari resepi ni. akhirnya dapat kat lyza punya blog. Apalagi tak tunggu lama terus buat. Budak-budak punyalah suka buat sekali tak cukup, esoknya buat lagi.. still tak cukup.. To Lyza thank you sebab sudi kongsi resepi. Resepinya pun senang nak buat. Kalau nak resepi masuk blok lyza ya... hehehe.....
Friday, June 4, 2010
Cupcakes Hantaran
Ini last minit punya penangan, sampai pukul 1 pagi masih dok memerah otak nak buat idea apa. Habis membelek semua blog kawan-kawan ngan cikgu.. sori ekkk... semua, curi sana sikit sini sikit. Dan inilah hasilnya... hehehe simple je, maklumlah belum habis berguru lagi. Fondant cupcakes first attempt ni, macam tak percaya gak dapat hasil cam ni. Nasib baik jugak adik yang menempah pun duduk sama buat dan bagi idea.
Subscribe to:
Posts (Atom)