Tuesday, November 24, 2009


Budak ni buat jugak tapi separuh jalan. Tapi dia jadi tukang makan. Yang dia pegang tu adalah hasil kerja tangan dia... Hui banggalah tu..

Sedang mendeko... kusyuk nampak..

Ini kakak sedang mengisi cupecake

Kerja Tangan Anak-anak




Hari ni aku berkempatan membuat cupcake dengan anak-anak. Mereka cukup suka, biasalah budak-budak. Tapi masalahnya aku sendiri pun belum lagi belajar buat cupcake dan mendekonya. Insyaallah mungkin dalam bulan depan. Tapi tak taulah rasa cupcake aku tu lagi-lagi dah didekokan oleh anak-anak aku tu. Ini adalah hasil tangan diorang. Cukup seonok diorang main icing bewarna...

Monday, November 23, 2009

Kelas Coklat dan tart




Salam...

Minggu lepas aku berkesempatan untuk belajar membuat coklat dan tart. Cikgu aku Nursuraya datang kerumah untuk mengajar aku secara one to one lagi. Banyak jugalah coklat yang dapat aku dan keluarga aku nikmati. Rasa pun lebih kurang yang jual kat kedai. Kalau buat sendiri boleh letak macam-macam inti dia. Senang juga cara yang diajar oleh su. Lain kali kalau aku nak makan coklat buat sendirilah nampaknya tak payah lagi nak beli-beli. Senang... Ini adalah antara coklat dan tart yang sudah siap dibuat. Enjoy...

Saturday, November 21, 2009

Selamat Bercuti

Selamat bercuti kepada semua budak-budak sekolah. Duduk rumah jangan nakal-nakal almaklumlah semua ibu bapakan masih bekerja. Time cuti beginilah yang mana ibubapa bekerja susah hati tinggalkan anak kat rumah. Budak2 ni kalau takde orang tengok macam-macam keje dia. Tinggalkan dengan bibik pun masih tak boleh percaya lagi. Budak ni bukan takut dengan orang. Ikut suka diorang apa nak buat. Cuma satu je kalau boleh biarlah berpada dalam segala hal yang dilakukan. Untuk itu selamat bercuti buat semua aku pun cuti seminggu gak ngalahkan budak2 hi.. hi...

Friday, November 20, 2009

Heppi B'day






Happy b'day to you...

Sempena sambutan b'day budak-budak tadika pada 18hb november lepas.. sempat jugalah saya cuba-cuba buat kek untuk diorang.. hui letihlah juga start buat puku 3.30 petang tapi habis pukul 10 malam. tu baru 1 kek tu, tak taulah kalau banyak kek.. entah pukul berapalah agaknya siap. apapun puas hati dengan hasil tangan sendri walaupun tak secantik kat 'kedai'. Yang pasti kek tu habis 'dikerjakan'dan sedap kata dioranglah. Lepas ni nak belajar buat coklat dan fancy cookies.. tunggu....




Salam,

Saya adalah ibu kepada 2 orang putera dan seorang puteri. Tinggal di Batu Caves dan bekerja sebagai seorang guru prasekolah minat dalam membuat dan mendeko kek.
Berpeluang mengikuti kelas mendeko kek daripada lea-oven. Seronok dapat belajar bersama dengan kawan yang ramah seperti kak lea, hanis, kak wan dan kak shikin tak lupa kawan saya effa. Thank to 'hubby' effa yang sanggup hantar kami pergi dan ambil kami balik. kalau tak tak taulah sesat kat mane. Apa pun thanks to Kak Lea kerana mengajar kami dengan sabar. Kepada kawan yang lain kalau ada jodoh dan rezeki kita jumpa lagi...insyaAllh