Showing posts with label Student. Show all posts
Showing posts with label Student. Show all posts

Thursday, January 24, 2013

Kelas Mini Cakes Kanak-kanak.

Assalamualaikum..Bila cuti sekolah ramai parents duk sms dan tanya pasal kelas kanak-kanak, Bukan saya tak nak buat cuma kadang-kadang masa tak mengizinkan kerana saya menjaga anak saudara yang masih kecil. Tapi bila dah ramai bertanya jadi semangatla pulak.. Jadinya saya buatlah juga, yang penting biar budak-budak ni happy. Hehehe pstt..kat rumah diorang mesti tak boleh buat macamni kan..Okey dalam gambar ni semua hasil kerja tangan mereka mendeko 100 peratus. Saya cuma tunjuk ajar yang selebihnya kreativiti mereka. Alhamdullillah.. kelas berakhir seperti yang diharapkan. Terima Kasih tak terhingga untuk semua parents yang memberi sokongan kepada saya dengan menghantar anak-anak mereka. InsyaAllah next cuti kita buat lagi.

 
Kek yang belum dideco dan peralatan yang digunakan.

 
Sedang menguli fondant sebelum diwarnakan mengikut warna kegemaran mereka.

 
Masih lagi sesi menguli.. hehehe tau penat mengulikan..

 
Bila fondant dan diwarnakan, kek pun dibalut.

 
Sedang asyik mendeco mini kek.

Akhirnya inilah hasil penat lelah mereka hari tu. 

 
Miya dengan Keknya.

 
Kak Rin dengan kek warna hijau. Mungkin sebab kak Rin sorang warna hijau, jadi kek dia nampak lebih menyerlah.. Tahniah kek Rin.

 
Adik Alya dengan Tema Pink.

 
Ini dia satu-satunya boy dalam kelas. Tak kalah dengan perempuan. Kreatif  juga..

 
Hana dengan Tema Purple. Memang kretif, banyak bunga dan hisan yang dibuat sendiri.

 
Nini dengan thema pink juga. Memang simple

 
Adik Saffiyyah dengan tema Oren. 

 
Sumaiyyah dengan tema purple.

  
Kakak Izyan dengan tema biru

 
Sorfeeya dengan thema purple. Memang Kreatif dan padat.

 
Sabreena dengan tema merah.

 
Ini dia anak dara saya, sibuk juga dia nak join. kek lebih, habis kat dia deco.. siap nak bagi kat orang lagi..


Kelas Durian Crepe bersama Kak Miza dan Syeila.

Pertama sekali nak minta maaf berbanyak pada kak Miza. Sebabnya saya terlupa langsung nak snap gambar time kak Miza Hands On hari tu. Minta ampun kak Miza ya. Apa yang sempat diambil adalah gambar Syeila time hands On.. Thanks to Syeila dan Kak Miza sudi berlajar dengan saya. Apa kekurangan saya minta Ampun dan maaf. Harap tak seriklah belajar dengan saya. 

Syeila sedang menggoreng kulit Crepe

Menyusun agar kulit tidak melekat antara satu sama lain dan senang untung diangkat.

Proses meletakkan inti dan isi durian

Seisi melipat yang penuh hati-hati agar kulit tidak terkoyak.

Terus kepada proses pembungkusan

Inilah semua hasil yang Syeila dapat dan bawa balik.

Proses akhir pembungkusan.

Wednesday, October 31, 2012

Kelas Durian Crepes bersama Gee.

Gee datang lagi. Kali ni Gee ambil kelas yang popular masa kini Durian Crepes. Memang dah lama Gee dok sms saya nak datang kelas ni, tapi saya yang tak berkesempatan untuk try buat sendiri resepi ni. Bukannya apa.. pertamanya.. saya pergi kelas demo je dan yang kedua, sekarang belum musim durian, payah sikit nak cari durian. Bila dapat je durian terus je testing.. nasib baik menjadi dan yang penting sodap...Untuk Gee tq datang belajar dengan saya ya.. Ada apa-apa call je anytime.

Aksi Gee sedang menggoreng kulit Crepes

Tengah susun kulit Crepes untuk letak inti.

Ini separuh dari hasil yang Gee buat.

Sunday, October 14, 2012

Home class dihadiri oleh Cik Gee..

Assalamualaikum...

Pertama sekali nak mohon maaf yang teramat sangat kat Cik Gee, pasal lambat betul update blog dan kelas yg cik Gee amik ni. Masa tak mengizinkan.. semenjak jadi all in one nilah katakan... pagi jadi cheff merangkap bibik.. Petang plak kena jadi drebar dan babysitter.. bila malam... dah letih sangat.. tengok tv pun menyambil lagi lipat baju.. huiiiii... penat mengalahkan orang yang bekerja plak.

Apapun terima kasih Cik Gee sebab sudi belajar dengan saya.. Cik Gee Ambil kelas 2 hari lagi nak sambut Ramadhan.. haaa... dan dekat 2 bulan baru letak blog...Kelas yang Cik Gee ambil plak  ialah kelas Cream Puff dan Portugeese Egg tart. Nampak memanglah senang.. tapi bila dah buat, makan masa juga.. sian kat Cik Gee sebab time kelas ni anak dia tak berapa sihat dan terpaksa tinggalkan dengan babysitter. Tapi Alhamdulillah.. kelas berjalan lancar hari tu.. Untuk Cik Gee, minta maaf sekiranya ada kekurangan time tu ya..


 Cik Gee In Action

Portugeese Egg Tart yang Siap di bakar

Eclair 

Cream Puff