Thursday, December 23, 2010

Cheese Cake Lagi



23/12/2010 Kelas Cheese Cake dengan Chef Alan Oii di Bake Well Sri Gombak. Resepi kali ini ialah Apple Cheese Cake, Rasberry Bake Cheese Cake dengan Blueberry Chilled Cheese Cake.

Tuesday, December 7, 2010

Order Form Anne



Order from x-schoolmate 28hb November. Buttercream double chocolate dengan 50pcs mini tart. Sorrylah gambar mini tart lupa nak snap.. by the way Thanks Anne sebab sudi order ngan saya.

Saturday, November 27, 2010

Order Oreo Cheese Cake


Actually this order from my ex-student mum. Ala dok panggil mama maisarah, sampai tak tau nama apa. Sori lah yer. Anywhere thanks sebab sudi order ngan teacher Mar yer. Happy Birthday 'Ultraleef'.

Wednesday, November 24, 2010

Tempahan Dari Adik







Antara tempahan dari adik untuk majlis perkahwinan pada 21 November 2010. 1200 kotak coklat 500 keping fancy cookies 50 biji popcake dan sebiji kek hantaran dengan tema warna purple.

Saturday, November 13, 2010

Pastry Basket Class


Satu lagi kelas yang di'booking'kan oleh effa, pastry basket. Sesuai untuk dijadikan hantaran untuk bakal-bakal pengantin. we all pergi kelas ni dalam keadaan yang tak selesa sebenarnya, bukan apa si Effa anak dia tengah demam kat rumah, yang saya pulak tengah ngantuk gila sebab sekarang sibuk menyiapkan tempahan coklat dan cookies untuk adik yang tinggal seminggu je lagi nak naik pelamin. Tapi apapun, enjoy the class sebab kak Ida (Ida bakery) suka buat lawak dan yang penting kak Ida tak kedekut ilmu. Hehehe Thank Kak Ida. Hope to see you soon.

Popcakes & Fancy Cookies For Tadika




Ehhh... lupa lak graduation tadika sempat gak buat untuk budak-budak fancy cookies dengan popcake pahar. Saja try bagi rasa, dan Inilah hasilnya.... tada....

Kelas Kebaya



Sempat lagi lari jap, lepas habis sekolah hari rabu 10/11, pergi belajar kebaya kek ngan kak ina mycuppycupcake. Actullay kelas ni effa yang booking, saya joint je, hehehe buat teman. Hasilnya memang cantik dan puas hati. Kek yang cantik memang sah sayang nak makan. So kat rumah jadi perhiasan. Budak-budak ni pun dah tak heran dah dengan kek. Tengok macam takde apa-apa jer. Tengoklah hasilnyer... yang coklat tu pulak adalah hasil tangan dari effa. yang mana lebih cantik????

Monday, November 8, 2010

Popcake Class




Belum habis lagi celoteh pasal popcake ni. Nak tau apa dia popcake... haaa, Popcake adalah adunan kek yang disalut dengan coklat. Rasa dia Umm sedap, bak kata budak-budak tadika 'sedaplah teacher'. Susunan gambar di atas adalah bersama dengan cikgu Ena, kawan-kawan yang dapat hadiah sebab bayar awal, sebelah aku tu adalah kawan yang diajak bersama effa dan juga syamira..(kalau tak silaplah yer. lupalak nama dia...) hehehe yang lain jangan jeles yer... Dan Akhir sekali bersama semua yang hadir untuk mengikuti kelas hari itu. Ada yang datang dari Johor dan ada yang datang dari Kedah.. jauh betul tu, sampai jugak. Apapun enjoy time kelas tu. Thanks banyak-banyak pada cikgu Ena

Popcake Class






Aduss... baru sempat nak bukak blog hari ni, bz sebab sibuk ngan concert tadika. Alhamdulillah settle gak akhirnya. Pasni sibuk nak pulun tempahan dari adik plak coklat untuk gift 1000 kotak ngan fancy cookies 500 pcs, nak pakai 20hb ni, sekarang dah berapa hari bulan... ishhhh.. takut tak sempat je. Dalam bz-bz sempat gak lagi sana-sini pegi class. 31 hb 10, pergi Dengkil, sampai sesat gaklah nak cari rumah cikgu ena dari Popcake2U. Kali ni nak belajar buat popcake, bukan apa seronok tengok design dia yang cantik-cantik. Antara design yang diajar oleh cikgu ena.

Friday, October 29, 2010

Cupcakes






Order from kak ti... ala lukisan tak cantiklah.. so macam nilah jadinya... lain yang dilukis lain yang jadi.. so layan je lah...

Mini Stacked Wedding Cake








24 hb Oktober 2010 di sugarflour belajar mini stacked wedding cake. Stail kali ni guna poured and rolled fondant method. Okey dapat mengalaman baru, cara yang lebih kurang sama gak dengan steam buttercream. Ini hasilnya....

Saturday, October 23, 2010

Class Barbie Cake




Hari ni Cikgu Effa datang umah mengajar Kek Barbie ni. Thanks sebab susah-susah datang sini walaupun baby effa tak berapa sihat. Cukup puas hati... Tapi sayang tak sempat nak snap gambar Effa sebab dia terpaksa balik sebab ada hal kat rumah dia. Apapun inilah hasilnya. Khas untuk anak dara saya yang akan sambut besday 25 October ni... Happy Besday Sayang...Semoga kakak sentiasa gembira dan sihat selalu.

Cupcakes Hantaran & Chocolate





Cupcakes hantaran dan 35 pcs Chocolate Real with pupple dan pink theme Order From Iqa untuk sepupunya. Thanks Iqa for the order. Nanti boleh order lagi. Sorry buat Iqa tertunggu-tunggu yer..

Monday, October 18, 2010

Cartoon Kek



Kek ni adalah permintaan kakak untuk dibawa ke sekolah agama sempena birthday kawan dia, dan diorang semua planing nak buat party. Maklumlah dah hujung tahun ni, sekolah pun tak belajar sangat. So apalagi.. enjoyyyy... hehehe. Opps tengah periksa, esok start. Takpe enjoy dulu... Kek double chocolate dengan buttercream. Eh.. lupa lak.. tengok tulisan tu, tulah yang mahal tu.. tulisan jawi lagi. Mana nak dapat kalau pergi kedai cina... hehehe (kakak yang tulis)