Showing posts with label Kids clases. Show all posts
Showing posts with label Kids clases. Show all posts

Thursday, January 24, 2013

Kelas Mini Cakes Kanak-kanak.

Assalamualaikum..Bila cuti sekolah ramai parents duk sms dan tanya pasal kelas kanak-kanak, Bukan saya tak nak buat cuma kadang-kadang masa tak mengizinkan kerana saya menjaga anak saudara yang masih kecil. Tapi bila dah ramai bertanya jadi semangatla pulak.. Jadinya saya buatlah juga, yang penting biar budak-budak ni happy. Hehehe pstt..kat rumah diorang mesti tak boleh buat macamni kan..Okey dalam gambar ni semua hasil kerja tangan mereka mendeko 100 peratus. Saya cuma tunjuk ajar yang selebihnya kreativiti mereka. Alhamdullillah.. kelas berakhir seperti yang diharapkan. Terima Kasih tak terhingga untuk semua parents yang memberi sokongan kepada saya dengan menghantar anak-anak mereka. InsyaAllah next cuti kita buat lagi.

 
Kek yang belum dideco dan peralatan yang digunakan.

 
Sedang menguli fondant sebelum diwarnakan mengikut warna kegemaran mereka.

 
Masih lagi sesi menguli.. hehehe tau penat mengulikan..

 
Bila fondant dan diwarnakan, kek pun dibalut.

 
Sedang asyik mendeco mini kek.

Akhirnya inilah hasil penat lelah mereka hari tu. 

 
Miya dengan Keknya.

 
Kak Rin dengan kek warna hijau. Mungkin sebab kak Rin sorang warna hijau, jadi kek dia nampak lebih menyerlah.. Tahniah kek Rin.

 
Adik Alya dengan Tema Pink.

 
Ini dia satu-satunya boy dalam kelas. Tak kalah dengan perempuan. Kreatif  juga..

 
Hana dengan Tema Purple. Memang kretif, banyak bunga dan hisan yang dibuat sendiri.

 
Nini dengan thema pink juga. Memang simple

 
Adik Saffiyyah dengan tema Oren. 

 
Sumaiyyah dengan tema purple.

  
Kakak Izyan dengan tema biru

 
Sorfeeya dengan thema purple. Memang Kreatif dan padat.

 
Sabreena dengan tema merah.

 
Ini dia anak dara saya, sibuk juga dia nak join. kek lebih, habis kat dia deco.. siap nak bagi kat orang lagi..


Thursday, March 18, 2010

Program Cuti Sekolah




Program Cuti Sekolah




Program Cuti Sekolah






Hasil Tangan Masing-masing. Dah penat menguli, mewarna, akhirnya siaplah diorang punya cookies. haa.. macam-macam warna ada, sampai dah tak nampak bentuk apa cookies tu. Tak kisahlah asalkan semua gembira. Terima kasih diucapkan kepada sokongan semua. InsyaAllah lain kali boleh buat kelas lain pulak...

Program Cuti Sekolah






Kelas Fancy Cookies pada 18hb March. Kali ni boleh tahan ramai. Studen adalah dalam 8 orang. Hui kecoh betul anak-anak dara ni buat kerja. Ada yang bergaduh ada yg berebut. Tapi yg penting diorang semua seronok dapat main icing yg berbagai color tu. Macam main masak-masak pulak diorang ni.