Thursday, December 15, 2011

Kelas Talam Dengan Chef Asma

Talam Marble Kacang Merah

Talam Caribean

Talam Jagung

Talam Cendol

Talam Sekoteng

Talam Roti Paun

Talam Suji

Talam Delima

Talam Peanut Butter

Talam Tokyo

Talam Keladi

Talam Serimuka

Semua Jenis talam yang siap dipotong untuk we all bawak balik.

Bersama Cheff Asma. Tq Cheff

Semalam ke Seremban belajar Roti hari ni terpaksa lagi jap pegi Puchong nak belajar basic buat aneka kuih talam pulak. Penat juga rasa terkejar-kejar masa. 12 jenis talam dan 8 bonus resepi. Tak rugi pergi walaupun penat. Apa yang seronok, budak-budak suka.. habis licin tak tunggu esok.

Kelas Roti di Bzee Bakery

Roti yang dibentukkan

Roti Coklat

Roti Boy

Raisin Bun

Custartd Bun

Mini Pizza

Cheese Bun

Portugese Egg Tart

Kelas yang sepatutnya pada 8hb Desember ditunda ke 9hb Disember. Kelas hands on roti. Kelas ni dibuka hanya untuk 15 orang sahaja, dan aku bertuah dapat joint kelas ni. Apa yang bestnya hehehe.... we all dapat belajar demo bonus hari tu favorite portugese egg tart.

Monday, November 14, 2011

Kelas Pavlova di Bzeecakes, Seremban.

Ini dia Pavlova, mesti ada yg tertanya-tanya apa dia benda ni. Benda ni bukan kek, ia sejenis desert mak salleh. Biasalah kita pun dah advance dah pandai buat macam-macam makanan diorang. Rasa manis Ala-ala macaroon. Yang buat dia sedap buah-buah masam dicampur dengan vanilla custard.... walla sampai menjilat jari beb.... sedappppp. Yang untungyer we semua dapat rasa sorang sikit kat sana selain dapat bawak balik seorang sekeping.

Ini pavlova 1 layer

Pavlova 2 layer yang siap dipotong.

 Close Up sikit... mengancam jiwa betul.. 



 Selain pavlova, kelas demo hari tu termasuk American Chocolate dan Kek buah Kukus.

Kelas Kak Baini Lagi...

Pergi lagi ke rumah Kak Baini.. Kali ni belajar 2 tier Steam Buttercream Cake. Ala-ala utk orang kawinlah. Nak sangat belajar cara letak kek 2 tingkat ni. Bukan senang, silap-silap boleh tertonggeng kek tu. Pergi gak dengan Effa, (effrinscookies.blogspot.com). Memang ini keje we all berdua, kalau boleh semua kelas nak pergi. Terima kasihkah pada kak Baini (norbainicakes.blogspot.com) yang sabar melayan kerenah we all. So harap-harap enjoylah tengok hasil kreativiti we all ni... hehehe

Kek bahagian bawah yang siap diletakkan steam buttercream

Kek bahagian atas yg siap dideco.

Belajar cara buat bunga rose dgn betul

Bahagian bawah yang siap dideco.

Inilah hasilnyer... 

Hasil tangan Effa

Hasil tangan Kak Ijat.

Saturday, October 29, 2011

Chocolate Modelling Class With Kak Norbaini Rahwi

Bunga Rose daripada chocolate bukan fondant



Kek yang disaluti dengan Chocolate

Sekali pandang nampak macam fondan chocolate, tapi memang betul-betul Chocolate