Showing posts with label Steam Buttercream. Show all posts
Showing posts with label Steam Buttercream. Show all posts

Monday, November 14, 2011

Kelas Kak Baini Lagi...

Pergi lagi ke rumah Kak Baini.. Kali ni belajar 2 tier Steam Buttercream Cake. Ala-ala utk orang kawinlah. Nak sangat belajar cara letak kek 2 tingkat ni. Bukan senang, silap-silap boleh tertonggeng kek tu. Pergi gak dengan Effa, (effrinscookies.blogspot.com). Memang ini keje we all berdua, kalau boleh semua kelas nak pergi. Terima kasihkah pada kak Baini (norbainicakes.blogspot.com) yang sabar melayan kerenah we all. So harap-harap enjoylah tengok hasil kreativiti we all ni... hehehe

Kek bahagian bawah yang siap diletakkan steam buttercream

Kek bahagian atas yg siap dideco.

Belajar cara buat bunga rose dgn betul

Bahagian bawah yang siap dideco.

Inilah hasilnyer... 

Hasil tangan Effa

Hasil tangan Kak Ijat.

Monday, May 10, 2010

Happy Mother's Day MAK




Hamper dan kek Sempena hari ibu 9 May 2010. Satu untuk Mak tersayang dan satu Makcik. Terima Kasih atas segala pengorbanan dan kesabaran yg mak berikan selama membesarkan kami 5 beradik. Allah sahaja yang dapat membalasnya. SELAMAT HARI IBU MAK....

Sunday, May 9, 2010

Steam Buttercream Workshop With Chef Alan Ooi





Kelas pada 8 May 2010 di Bake Well Sri Gombak. Chef mengajar cara membuat border dan mendeko dengan membuat pelbagai jenis bunga dengan nozel yang sesuai. Apapun seronok berada dalam kelas tu sebab jumpa dengan kawan yang sekepala, Kak liza (kakak ke.. hehehe... saya ni perasan mudalah tu). Jumpa juga ngan kak Sara. Apapun banyak juga pengetahuan dalam membuat pelbagai jenis bunga ni. Susah Jugalah sebenarnya. Pokok pangkalnya tangan masing-masing dan sekreatif mana kita mendeko kek sendiri.