Tuesday, December 11, 2012

November Order

Nak selit juga order bulan lepas ni.. Kalau tidak tak taulah bila pulak rajin nak mengadap komputer ni.. Antara order yang dapat diambil gambarnya...

Order dari Eliz untuk party sekolah anaknya

25 pcs Red Valvet untuk Puan Ina

60 pcs Cupcakes Chocolate dan Vanila


2 biji kek untuk Amanie



Order ni datangnya dari Wana. 50pcs cheese tart blueberry dan strawberry serta 50 pcs apam polkadot pink dan purple thema.



32 pcs Cupcakes hantaran garden thema order by Kak Sue

Tutty Fruity Blueberry dan Lemon Flavor

 Tutty Fruity Orange dan Stawberry Flavor

Tutty fruity Kiwi flavor
Kesemua tutty fruity dan cupcakes hantaran ini adalah order bagi pihak Effa. Disebabkan effa ada kursus dan takdapat membuatnya jadi effa serahkan order ini kepada saya. Tq Effa.. Semoga kak Sue puas hati.

Cupcakes bouquet untuk Majlis pernikahan Ila.

October Order


Disebabkan terlalu sibuk dan malas.. jadi kenalah update semua sekali 'harung'lah orang kata.. Maaf sebab kadang kala tu ada gambar yang berulang-ulang bukan apa kadang-kadang sibuk sampai lupa nak snap gambar order yang dah siap. Tu yang cari balik gambar-gambar yang sedia ada yang penting ingat siapa yang order.. Alhamdullillah.. Antara order untuk bulan October yang sempat snap gambarnyer...

25 pcs Red Valvet untuk Puan Erni



Cupcakes Bouquet dan 3 kilo Rainbow cake untuk UIA (kredit untuk Effa effrinscookies.blogspot.com. Sebab sanggup ajar cupcakes bouquet tu walaupun sampai pukul 1 pagi. TQ)


100 pcs Apam dan 50 pcs mini tartlet untuk Dr. Mimi Sungai Buloh

30 pcs Mocha Cupcakes order datangnyer dari Puan Erni.

Monday, December 10, 2012

September Order

Order ni datangnyer dari Kak Linda my neighbor 25 pcs Red Valvet CC dan Mix tartlet.

50 pcs mini creampuff dari Adik untuk dibawa balik ke kampung

100 pcs Mix flavor Cheese tart blueberry, strawberry dan kiwi order datangnya dari Jiran Makcik

Order by Puan Ina 25 pcs Red valvet CC dan 50pcs Vanila cupcakes

200 pcs Apam polkadot untuk kawan kak Ijat.

2 box 9 inci Kek Lapis Chocolate untuk Anak Buah Eliz nak dibawa ke Dubai


Strawberry Mousse Cake Order datangnya dari Puan Rahayu




 Untuk Puan Ina 25 pcs Orange Cupcakes, 25 pcs Cheesy Cheddar Cupcake dan 25 pcs Mocha Cupcake.



Wednesday, October 31, 2012

Kelas Durian Crepes bersama Gee.

Gee datang lagi. Kali ni Gee ambil kelas yang popular masa kini Durian Crepes. Memang dah lama Gee dok sms saya nak datang kelas ni, tapi saya yang tak berkesempatan untuk try buat sendiri resepi ni. Bukannya apa.. pertamanya.. saya pergi kelas demo je dan yang kedua, sekarang belum musim durian, payah sikit nak cari durian. Bila dapat je durian terus je testing.. nasib baik menjadi dan yang penting sodap...Untuk Gee tq datang belajar dengan saya ya.. Ada apa-apa call je anytime.

Aksi Gee sedang menggoreng kulit Crepes

Tengah susun kulit Crepes untuk letak inti.

Ini separuh dari hasil yang Gee buat.

Sunday, October 14, 2012

Kelas Durian Crepe Popular Bzee Bakery 29 September 2012

Kalau cakap Bzee Bakery.. rasanyer dah ramai yang kenalkan. Memang saya pun selalu juga berulang alik setiap kali ada demo class kat sana. Kali ni class yang penuh glamor iaitu durian crepes yang popular tu..Ramai, itulah yang boleh saya cakap tapi nak juga pergi walaupun cuma nampak sikit2, takpe yang penting resepi dan tip-tip yang berguna kak Ina bagi time buat crepe tu. 53 orang joint class hari tu, tau jelah kecohnyer macamana.. hahahhhaa.. Gambar pun dapat snap yang sempat je. Nak tengok crepe yang popular tu??...

Inilah Durian Crepe yang sangat2 Popular tu.

Japanese Crispy Cream Puff


Vanilla Mille Crepe Cake


Tiramisu Mille Crepe Cake


Home class dihadiri oleh Cik Gee..

Assalamualaikum...

Pertama sekali nak mohon maaf yang teramat sangat kat Cik Gee, pasal lambat betul update blog dan kelas yg cik Gee amik ni. Masa tak mengizinkan.. semenjak jadi all in one nilah katakan... pagi jadi cheff merangkap bibik.. Petang plak kena jadi drebar dan babysitter.. bila malam... dah letih sangat.. tengok tv pun menyambil lagi lipat baju.. huiiiii... penat mengalahkan orang yang bekerja plak.

Apapun terima kasih Cik Gee sebab sudi belajar dengan saya.. Cik Gee Ambil kelas 2 hari lagi nak sambut Ramadhan.. haaa... dan dekat 2 bulan baru letak blog...Kelas yang Cik Gee ambil plak  ialah kelas Cream Puff dan Portugeese Egg tart. Nampak memanglah senang.. tapi bila dah buat, makan masa juga.. sian kat Cik Gee sebab time kelas ni anak dia tak berapa sihat dan terpaksa tinggalkan dengan babysitter. Tapi Alhamdulillah.. kelas berjalan lancar hari tu.. Untuk Cik Gee, minta maaf sekiranya ada kekurangan time tu ya..


 Cik Gee In Action

Portugeese Egg Tart yang Siap di bakar

Eclair 

Cream Puff