Thursday, January 24, 2013

Kelas Mini Cakes Kanak-kanak.

Assalamualaikum..Bila cuti sekolah ramai parents duk sms dan tanya pasal kelas kanak-kanak, Bukan saya tak nak buat cuma kadang-kadang masa tak mengizinkan kerana saya menjaga anak saudara yang masih kecil. Tapi bila dah ramai bertanya jadi semangatla pulak.. Jadinya saya buatlah juga, yang penting biar budak-budak ni happy. Hehehe pstt..kat rumah diorang mesti tak boleh buat macamni kan..Okey dalam gambar ni semua hasil kerja tangan mereka mendeko 100 peratus. Saya cuma tunjuk ajar yang selebihnya kreativiti mereka. Alhamdullillah.. kelas berakhir seperti yang diharapkan. Terima Kasih tak terhingga untuk semua parents yang memberi sokongan kepada saya dengan menghantar anak-anak mereka. InsyaAllah next cuti kita buat lagi.

 
Kek yang belum dideco dan peralatan yang digunakan.

 
Sedang menguli fondant sebelum diwarnakan mengikut warna kegemaran mereka.

 
Masih lagi sesi menguli.. hehehe tau penat mengulikan..

 
Bila fondant dan diwarnakan, kek pun dibalut.

 
Sedang asyik mendeco mini kek.

Akhirnya inilah hasil penat lelah mereka hari tu. 

 
Miya dengan Keknya.

 
Kak Rin dengan kek warna hijau. Mungkin sebab kak Rin sorang warna hijau, jadi kek dia nampak lebih menyerlah.. Tahniah kek Rin.

 
Adik Alya dengan Tema Pink.

 
Ini dia satu-satunya boy dalam kelas. Tak kalah dengan perempuan. Kreatif  juga..

 
Hana dengan Tema Purple. Memang kretif, banyak bunga dan hisan yang dibuat sendiri.

 
Nini dengan thema pink juga. Memang simple

 
Adik Saffiyyah dengan tema Oren. 

 
Sumaiyyah dengan tema purple.

  
Kakak Izyan dengan tema biru

 
Sorfeeya dengan thema purple. Memang Kreatif dan padat.

 
Sabreena dengan tema merah.

 
Ini dia anak dara saya, sibuk juga dia nak join. kek lebih, habis kat dia deco.. siap nak bagi kat orang lagi..


Kelas Durian Crepe bersama Kak Miza dan Syeila.

Pertama sekali nak minta maaf berbanyak pada kak Miza. Sebabnya saya terlupa langsung nak snap gambar time kak Miza Hands On hari tu. Minta ampun kak Miza ya. Apa yang sempat diambil adalah gambar Syeila time hands On.. Thanks to Syeila dan Kak Miza sudi berlajar dengan saya. Apa kekurangan saya minta Ampun dan maaf. Harap tak seriklah belajar dengan saya. 

Syeila sedang menggoreng kulit Crepe

Menyusun agar kulit tidak melekat antara satu sama lain dan senang untung diangkat.

Proses meletakkan inti dan isi durian

Seisi melipat yang penuh hati-hati agar kulit tidak terkoyak.

Terus kepada proses pembungkusan

Inilah semua hasil yang Syeila dapat dan bawa balik.

Proses akhir pembungkusan.

Thursday, January 10, 2013

Kisah Durian Crepe

Sekarang musim durian. Kuih durian a.k.a durian crepe pun tiba-tiba jadi popular dan permintaan menjadi hangat. tak menang tangan jugalah dengan tempahan durian crepe yang sangat-sangat menggalakkan ni. sempat juga mengajar 2 - 3 orang untuk kelas ni. Alhamdullillah.. rezeki... Lupa nak ucap terima kasih yang tak terhingga buat Puan Ziana Lisa sebab sudi jadi ejen saya.


Ni dia lambakan durian kampung.

 Durian Musang King. Isi yang sedap, biji yang kecil dan warnanya yang cantik.





 Antara tempahan yang dapat diambil gambarnya.