Monday, July 12, 2010

Ryverra, Kursus Asas Pembuatan Chocolate 1






Ryverra.. pernah dengar tak? Syarikat ni kepunyaan 3 orang anak muda Melayu yang khusus dalam bidang handmade chocolate. Rasanya inilah satu-satunya syarikat Melayu yang mengusahakan pembuatan chocolate secara handmade dan semakin dikenali. 10 Julai sempatlah pergi ke Kelas Asas Pembutan Coklat yang Syarikat ni anjurkan. Cara mengajaran secara hands on dan teknik tempering, lain dari yang diajar oleh 'cikgu Su' Apapun enjoy join kelas tu, tak boring, sedar-sedar dah pukul 3.00. Thanks to the chef. Chef Mohd Radzi. InsyaAllah kalau ada rezeki ingat nak pergi second course lak. Apapun tungggu...........

Sunday, July 4, 2010

Apam perasa Coklat



Haaa... Ini special punya.. Hasil ubah suai recepi yang lyza bagi, So inilah hasilnya... Taa daaa....

Terima Kasih



Terima Kasih... itu ucapan iklas untuk 2 cikgu practikal yang baru je selesai. Untuk Sir Fidaus dan Sir Amirul, semoga kalian berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Kalau ada masa datanglah jengok-jengok kami kat sini.. Terima kasih juga sebab beri buah tangan untuk teacher-teacher kat sini. Ini Adalah buah tangan daripada diorang.

Wednesday, June 23, 2010

Happy Father's Day


Oreo Cheese Cake sempena sambutan father day. HAPPY FATHER'S DAY buat Abah tersayang dan buat Suami tercinta. Tapi abah tak merasa kek ni sebab sibuk ngan sambutan besday 2 cucu dia yang balik bercuti tu pada hari yang sama. Tak kisahlah sebab dan ada kek teddybear dengan party besday diorang. Antara menu hari tu meehoon soto, mee rebus sate, tu belum masuk buah dengan kuih-muih lagi tu.. hui penuhlah meja hari tu. Apapun terima kasih buat Angah ngan Emi yang buat party tu.

Heppi Besday Hezlynn...



Sempena Besday anak buah yang balik bercuti dari Singapura, dia orang nak kek Teddybear. Happy Besday Hezlynn. Sori Maklong salah eja nama..Sorang nama Nur Hezlynn Haziqah dan yang kecik nama Nur Hezlynn Hazirah. Dah nama panjang sangat so letak Hezlynnlah wakil untuk 2 orang. Hehehe...

Muffin Order



Muffin ni actually oder untuk effa, tapi dia dah tak larat nak buat sebab tengah sarat mengandung dan banyak kerja office. So dia 'sub'lah kat saya. 40 pcs muffin blueberry untuk Puspanita kat Majlis Perbandaran Selayang (rasanya..)

Thursday, June 10, 2010

Demo Cheese Cake With Chef Lai




Oreo Cheese Cake
Antara Cheese cake yang paling sedap diajar hari tu.
Kedua Toffe Caramel Cheese cake
Didalamnya ada almond nibbed.
Ketiga Peach crumble Cheese cake.

Demo Cheese Cake With Chef Lai



Sekarang cuti sekolah, but still need to go to tadika sebab budak-budak ada kelas intensive. Belah petang lari kejap pegi demo cheese cake oleh Chef Lai. Second class with chef Lai. Try resepi cheese plak. Hui sedap. Antara resepi yang diajar Oreo cheese cake, Peach crumble cheese cake dan Tofee Caramel cheese cake. Thank you Chef...

Kuih Apam



Haa... try resepi dari lyza.. (sweetnely). Sebelum ni pernah beli kat kedai dekat ngan tadika. Tapi sekarang orang tu dah tak meniaga lagi. Puas gak lah mencari resepi ni. akhirnya dapat kat lyza punya blog. Apalagi tak tunggu lama terus buat. Budak-budak punyalah suka buat sekali tak cukup, esoknya buat lagi.. still tak cukup.. To Lyza thank you sebab sudi kongsi resepi. Resepinya pun senang nak buat. Kalau nak resepi masuk blok lyza ya... hehehe.....

Friday, June 4, 2010

Cupcakes Hantaran


Ini last minit punya penangan, sampai pukul 1 pagi masih dok memerah otak nak buat idea apa. Habis membelek semua blog kawan-kawan ngan cikgu.. sori ekkk... semua, curi sana sikit sini sikit. Dan inilah hasilnya... hehehe simple je, maklumlah belum habis berguru lagi. Fondant cupcakes first attempt ni, macam tak percaya gak dapat hasil cam ni. Nasib baik jugak adik yang menempah pun duduk sama buat dan bagi idea.