Wednesday, October 31, 2012

Kelas Durian Crepes bersama Gee.

Gee datang lagi. Kali ni Gee ambil kelas yang popular masa kini Durian Crepes. Memang dah lama Gee dok sms saya nak datang kelas ni, tapi saya yang tak berkesempatan untuk try buat sendiri resepi ni. Bukannya apa.. pertamanya.. saya pergi kelas demo je dan yang kedua, sekarang belum musim durian, payah sikit nak cari durian. Bila dapat je durian terus je testing.. nasib baik menjadi dan yang penting sodap...Untuk Gee tq datang belajar dengan saya ya.. Ada apa-apa call je anytime.

Aksi Gee sedang menggoreng kulit Crepes

Tengah susun kulit Crepes untuk letak inti.

Ini separuh dari hasil yang Gee buat.

Sunday, October 14, 2012

Kelas Durian Crepe Popular Bzee Bakery 29 September 2012

Kalau cakap Bzee Bakery.. rasanyer dah ramai yang kenalkan. Memang saya pun selalu juga berulang alik setiap kali ada demo class kat sana. Kali ni class yang penuh glamor iaitu durian crepes yang popular tu..Ramai, itulah yang boleh saya cakap tapi nak juga pergi walaupun cuma nampak sikit2, takpe yang penting resepi dan tip-tip yang berguna kak Ina bagi time buat crepe tu. 53 orang joint class hari tu, tau jelah kecohnyer macamana.. hahahhhaa.. Gambar pun dapat snap yang sempat je. Nak tengok crepe yang popular tu??...

Inilah Durian Crepe yang sangat2 Popular tu.

Japanese Crispy Cream Puff


Vanilla Mille Crepe Cake


Tiramisu Mille Crepe Cake


Home class dihadiri oleh Cik Gee..

Assalamualaikum...

Pertama sekali nak mohon maaf yang teramat sangat kat Cik Gee, pasal lambat betul update blog dan kelas yg cik Gee amik ni. Masa tak mengizinkan.. semenjak jadi all in one nilah katakan... pagi jadi cheff merangkap bibik.. Petang plak kena jadi drebar dan babysitter.. bila malam... dah letih sangat.. tengok tv pun menyambil lagi lipat baju.. huiiiii... penat mengalahkan orang yang bekerja plak.

Apapun terima kasih Cik Gee sebab sudi belajar dengan saya.. Cik Gee Ambil kelas 2 hari lagi nak sambut Ramadhan.. haaa... dan dekat 2 bulan baru letak blog...Kelas yang Cik Gee ambil plak  ialah kelas Cream Puff dan Portugeese Egg tart. Nampak memanglah senang.. tapi bila dah buat, makan masa juga.. sian kat Cik Gee sebab time kelas ni anak dia tak berapa sihat dan terpaksa tinggalkan dengan babysitter. Tapi Alhamdulillah.. kelas berjalan lancar hari tu.. Untuk Cik Gee, minta maaf sekiranya ada kekurangan time tu ya..


 Cik Gee In Action

Portugeese Egg Tart yang Siap di bakar

Eclair 

Cream Puff



Friday, September 28, 2012

Julai & Ogos Order


Mini Cheese tartlet & Muffin Chocolate order dari Puan Zah

6 pcs Pizza order dari Puan Eliz untuk iftar Ramadan

175 pcs s Size Cupcake untuk Puan Ijat

50 pcs Mini Cheese tart untuk Mazni

25 pcs Buttercream cupcakes hantaran untuk Puan Zakiah


50 pcs s size Red valvet cupcakes untuk Puan Watie

150 pcs Apam order dari Puan Ijat

Chocolate indulgence untuk Kak Ila

Barbie buttercream Cake untuk Puan Ijat


2 Kek Chocolate Moist untuk Puan Jue.

Saturday, July 21, 2012

Kelas Cheesy Lover, Tiramitsu & Tutty Fruity at Ida Bakery

Kelas ni aku ajak adik yang kebetulan balik bercuti dari Singapore. Mesti anak-anak dia suka punya... tengok gambar pun dah teliur.. hehehe.. jom layan gambar..






Friday, July 20, 2012

Kelas Hamper

Assalamualaikum.. Kali ni entry pasal kelas Hamper yang Bzee Bakery buat. Dah lama betul tak singgah mana-mana kelas almaklumlah sejak ketiadaan 'bibik' ni. Sampai cikgu pun perasan lama tak nampak muka ni.. hehehe..Apapun Alhamduliilah dapat juga menghadirkan diri walaupun kelam kabut letak anak sana-sini.
Terima kasih cikgu sebab banyak ilmu berguna dapat time kelas ni. Kat bawah ni antara jenis-jenis hamper yang diajar, dan yang penting dapat bawak balik hamper lagi...(untuk anak2 yang tunggu kat rumah dan kebetulan hari esoknya plak hari bapa)





Tada......Ini Adalah hasil susunan dan idea sendiri... Hui bangga betul rasa... hehehehe..

Monday, July 16, 2012

MAY & JUNE Order

JUNE ORDER
40 Pcs Muffin M size For Surau Hidayah

Small Red Valved Cake Untuk Puan Rahayu


50 pcs Small Cup Cake  dan 100 Pcs Blue pink Theme For Dr. Mimi Sungai Buluh

 100 pcs M size Muffin For Adik Izyan


MAY ORDER

Mini Creampuff dan Apam Chomel untuk Puan Ila

100 Boxes Praline Chocolate Almond Untuk My Makcik Neighbour.

Apam Chomel Untuk Erni - Biru dan pink Theme

Mini Cream puff untuk My 'Makcik'




Hasil Usahasama


Ya... Allah baru jumpa gambar ni, time membelek camera hari tu.. Sorry ye Cik Effa sebab baru post hari ni. Chocolate Modelling ni sebenarnya order untuk Effa, tapi time dia terima order ni tangan dia patah dan tak boleh nak menguli coklat. So dia sub kat saya bab menguli chocolate dan buat rose tu. Akhirmya inilah hasilnya... Alhamdulillah menjadi gak. Thanks to Effa sebab bolehlah mempraktikkan ilmu yang Cikgu Baini ajar..