Monday, January 9, 2012

Pembukaan Restoran

Restoran Masih dalam pengubahsuaian

Siap sepenuhnya... tu dia terselit kek chiller saya.

Pandangan dari luar.


Antara kek-kek yang saya jual.

Salam.. Alhamdulillah restoran Suami saya dah sebulan dibuka. Rasa bertuah plak bila dia belikan kek chiller untuk saya jual kek-kek saya kat kedai dia. Antara kek yang saya jual kat sana ialah Chocolate Indulgence, Oreo Cheese Cake, Blueberry Cheese Cake, Italian Rainbow, Red Valvet dan Pandan Layer. InsyaAllah akan bertambah dan pelbagai dari masa ke semasa. Sambutan pun menggalakkan juga. Tak rugi rasa belajar merata-rata.

Sunday, January 8, 2012

Order Sepanjang December


Tempahan daripada Sue

Untuk Kak Watie

Tempahan Untuk Anak Buah Saliza

Untuk Athilah

Tempahan dari Intan

Haaaaa.... lega, baru boleh bernafas sikit... sebabnya bibik yg balik bercuti dan bekerja balik, hahaha....Sibuk sebabnya melayan kerenah suami yg baru saja set up sebuah restoran dan belikan aku sebijik chiller kek untuk jual kat sana. Sibuk, baru nak manage time dengan kek dan kerja rumah. Tapi Alhamdulillah semua settle...Antara order yg sempat di snap gambarnya.

Thursday, December 15, 2011

Kelas Talam Dengan Chef Asma

Talam Marble Kacang Merah

Talam Caribean

Talam Jagung

Talam Cendol

Talam Sekoteng

Talam Roti Paun

Talam Suji

Talam Delima

Talam Peanut Butter

Talam Tokyo

Talam Keladi

Talam Serimuka

Semua Jenis talam yang siap dipotong untuk we all bawak balik.

Bersama Cheff Asma. Tq Cheff

Semalam ke Seremban belajar Roti hari ni terpaksa lagi jap pegi Puchong nak belajar basic buat aneka kuih talam pulak. Penat juga rasa terkejar-kejar masa. 12 jenis talam dan 8 bonus resepi. Tak rugi pergi walaupun penat. Apa yang seronok, budak-budak suka.. habis licin tak tunggu esok.

Kelas Roti di Bzee Bakery

Roti yang dibentukkan

Roti Coklat

Roti Boy

Raisin Bun

Custartd Bun

Mini Pizza

Cheese Bun

Portugese Egg Tart

Kelas yang sepatutnya pada 8hb Desember ditunda ke 9hb Disember. Kelas hands on roti. Kelas ni dibuka hanya untuk 15 orang sahaja, dan aku bertuah dapat joint kelas ni. Apa yang bestnya hehehe.... we all dapat belajar demo bonus hari tu favorite portugese egg tart.

Monday, November 14, 2011

Kelas Pavlova di Bzeecakes, Seremban.

Ini dia Pavlova, mesti ada yg tertanya-tanya apa dia benda ni. Benda ni bukan kek, ia sejenis desert mak salleh. Biasalah kita pun dah advance dah pandai buat macam-macam makanan diorang. Rasa manis Ala-ala macaroon. Yang buat dia sedap buah-buah masam dicampur dengan vanilla custard.... walla sampai menjilat jari beb.... sedappppp. Yang untungyer we semua dapat rasa sorang sikit kat sana selain dapat bawak balik seorang sekeping.

Ini pavlova 1 layer

Pavlova 2 layer yang siap dipotong.

 Close Up sikit... mengancam jiwa betul.. 



 Selain pavlova, kelas demo hari tu termasuk American Chocolate dan Kek buah Kukus.