Wednesday, May 1, 2013

Kelas DIY bersama Mamaziezah. di Desert Table.

Kelas Roti Mamazieza di Desert Table Mutiara Damansara

24 Jan 2013






Roti Naik Pahang


Roti Bengali

 Roti Loaf / Sandwich


 Chicken Floss Roll

Sausage Bun

Mexican Bun / Roti Boy

Hasil yang dibawah balik 

March Order

Assalamualaikum... Adusss  saya ni selalu sangat terlupa nak snap gambar2 order yang dibuat. Almaklumlah selalu kelam kabut je.. Ada banyak sebenarnya order yang saya siapkan last minit dan lepas customer ambil baru teringat yang gambar tak disnap lagi.. huhuhu.. Apapun harap anda enjoy sebahagian gambar yang sempat diambil.
Creampuff untuk Puan Ila

Red Valvet dengan Edible Image Untuk Puan Rahayu

Untuk My Student Gee Crunchy Salted Caramel Brownies

Puan Linda 100 pcs Cupcakes vanila dan coklat

Untuk Persandingan Aida dan Azmir

Sunday, April 14, 2013

Kelas Kek Lapis Sarawak

Assalamualaikum... Kepada peminat kek lapis  sarawak. kelas kek lapis sarawak akan diadakan di tempat saya. Sesiapa yang berminat nak join boleh call. tempat adalah terhad. Antara resepi yang diajar adalah

1. Kek Lapis Nescafe
2. Kek Lapis Masam Manis
3. Kek Lapis Oreo
4. Kek Lapis Nutella.

Anda akan diajar cara pembuatan dengan cara melapis pembungkusan serta penyimpanan. Kelas adalah secara Hands On. Anda hanya perlu membawa apron sahaja. Bahan disediakan. Segala pertanyaan bolehlah call saya 012 698 2844. Mari.. mari.. dari dok beli mahal, jom belajar buat sendiri, puas makan dan siap boleh sedekah kat ipar duai dan sahabat handai lagi..

Tarikh :  20 April 2013 (Sabtu)
Masa : 10.30pagi  hingga siap.
Yuran : RM 250.00


Kek Lapis Nescafe

Kek Lapis Nutella

Kek Lapis Masam Manis

Kek Lapis Oreo

Wednesday, February 27, 2013

January dan February Order

Chocolate Cake


Goodies Durian Crepes

Order datangnya dari Linda My Neighbour

 
2 Box Red 7in Red Valvet For Puan Rahayu

L Size 25 pcs Cheese Tart for Salina

100 pcs mini fruit tart For Dr. Mimi Sg Buluh

100 pcs Apam Polkadot For Dr. Mimi Sg. Buluh

50 pcs Mini cheese tart for Lisa

40 pcs M size Chocolate Moist Cupcake For Puan Rahayu

100 pcs Apam polkadot for Kak Ijat

Russian Black & White untuk Erni

Chocolate Cake For Anie

70 pcs Mix Mini tartlet untuk Kawan kak Zakiah.

Rainbow with Cream Cheese Cake For Erni.

8' in Red Velvet 

6 'in Red Valvet

50 pcs Cream Caramel in Cup

50 pcs Apam polkadot

Semua Order datangnya dari Iqa. 

 Ucapan ribuan terima kasih kerana sudi menempah dengan saya. Apa yang kurang saya minta maaf banyak-banyak. In Sya Allah saya akan terus memperbaiki mutu makanan dari masa ke semasa.

Marble Cake - Demo di Bzee dan berDIY dengan Gee.

Kelas pertama dalam tahun 2013. Demo Marble cake. 4 jenis marble cake diajar hari tu antaranya ialah marble zebra mambo, soft marble, Lebanese marble dan marble seroja. Teruja betul bila tengok warna-warna dalam kek ni yang penting sedap. Kek ni pulak senang nak dibuat jadi dalam fikiran ni, bila time raya boleh buat banyak-banyak dan bagi kat mertua dan ipar duai. 

Lebanese Marble

Soft Marble

Marble Seroja

Zebra Mambo.

Bila dah belajar trylah buat sendiri itupun sebab Gee nak belajar. (Kalau tidak tak taulah bila nak buat.. hehehe). So we all sama-sama praktikkan apa yang cikgu ajar.. Ada yang jadi ada jugak yang tak berapa menjadi, kenalah paktikkan lagi ilmu tu.. In Sya Allah. Harap Gee boleh buat dan jadi dengan cantik ye. Jom layan gambar yang we all buat.

Zebra Mambo

Lebanese Marble

Marble Seroja.


Thursday, January 24, 2013

Kelas Mini Cakes Kanak-kanak.

Assalamualaikum..Bila cuti sekolah ramai parents duk sms dan tanya pasal kelas kanak-kanak, Bukan saya tak nak buat cuma kadang-kadang masa tak mengizinkan kerana saya menjaga anak saudara yang masih kecil. Tapi bila dah ramai bertanya jadi semangatla pulak.. Jadinya saya buatlah juga, yang penting biar budak-budak ni happy. Hehehe pstt..kat rumah diorang mesti tak boleh buat macamni kan..Okey dalam gambar ni semua hasil kerja tangan mereka mendeko 100 peratus. Saya cuma tunjuk ajar yang selebihnya kreativiti mereka. Alhamdullillah.. kelas berakhir seperti yang diharapkan. Terima Kasih tak terhingga untuk semua parents yang memberi sokongan kepada saya dengan menghantar anak-anak mereka. InsyaAllah next cuti kita buat lagi.

 
Kek yang belum dideco dan peralatan yang digunakan.

 
Sedang menguli fondant sebelum diwarnakan mengikut warna kegemaran mereka.

 
Masih lagi sesi menguli.. hehehe tau penat mengulikan..

 
Bila fondant dan diwarnakan, kek pun dibalut.

 
Sedang asyik mendeco mini kek.

Akhirnya inilah hasil penat lelah mereka hari tu. 

 
Miya dengan Keknya.

 
Kak Rin dengan kek warna hijau. Mungkin sebab kak Rin sorang warna hijau, jadi kek dia nampak lebih menyerlah.. Tahniah kek Rin.

 
Adik Alya dengan Tema Pink.

 
Ini dia satu-satunya boy dalam kelas. Tak kalah dengan perempuan. Kreatif  juga..

 
Hana dengan Tema Purple. Memang kretif, banyak bunga dan hisan yang dibuat sendiri.

 
Nini dengan thema pink juga. Memang simple

 
Adik Saffiyyah dengan tema Oren. 

 
Sumaiyyah dengan tema purple.

  
Kakak Izyan dengan tema biru

 
Sorfeeya dengan thema purple. Memang Kreatif dan padat.

 
Sabreena dengan tema merah.

 
Ini dia anak dara saya, sibuk juga dia nak join. kek lebih, habis kat dia deco.. siap nak bagi kat orang lagi..