Saturday, November 13, 2010

Popcakes & Fancy Cookies For Tadika




Ehhh... lupa lak graduation tadika sempat gak buat untuk budak-budak fancy cookies dengan popcake pahar. Saja try bagi rasa, dan Inilah hasilnya.... tada....

Kelas Kebaya



Sempat lagi lari jap, lepas habis sekolah hari rabu 10/11, pergi belajar kebaya kek ngan kak ina mycuppycupcake. Actullay kelas ni effa yang booking, saya joint je, hehehe buat teman. Hasilnya memang cantik dan puas hati. Kek yang cantik memang sah sayang nak makan. So kat rumah jadi perhiasan. Budak-budak ni pun dah tak heran dah dengan kek. Tengok macam takde apa-apa jer. Tengoklah hasilnyer... yang coklat tu pulak adalah hasil tangan dari effa. yang mana lebih cantik????

Monday, November 8, 2010

Popcake Class




Belum habis lagi celoteh pasal popcake ni. Nak tau apa dia popcake... haaa, Popcake adalah adunan kek yang disalut dengan coklat. Rasa dia Umm sedap, bak kata budak-budak tadika 'sedaplah teacher'. Susunan gambar di atas adalah bersama dengan cikgu Ena, kawan-kawan yang dapat hadiah sebab bayar awal, sebelah aku tu adalah kawan yang diajak bersama effa dan juga syamira..(kalau tak silaplah yer. lupalak nama dia...) hehehe yang lain jangan jeles yer... Dan Akhir sekali bersama semua yang hadir untuk mengikuti kelas hari itu. Ada yang datang dari Johor dan ada yang datang dari Kedah.. jauh betul tu, sampai jugak. Apapun enjoy time kelas tu. Thanks banyak-banyak pada cikgu Ena

Popcake Class






Aduss... baru sempat nak bukak blog hari ni, bz sebab sibuk ngan concert tadika. Alhamdulillah settle gak akhirnya. Pasni sibuk nak pulun tempahan dari adik plak coklat untuk gift 1000 kotak ngan fancy cookies 500 pcs, nak pakai 20hb ni, sekarang dah berapa hari bulan... ishhhh.. takut tak sempat je. Dalam bz-bz sempat gak lagi sana-sini pegi class. 31 hb 10, pergi Dengkil, sampai sesat gaklah nak cari rumah cikgu ena dari Popcake2U. Kali ni nak belajar buat popcake, bukan apa seronok tengok design dia yang cantik-cantik. Antara design yang diajar oleh cikgu ena.

Friday, October 29, 2010

Cupcakes






Order from kak ti... ala lukisan tak cantiklah.. so macam nilah jadinya... lain yang dilukis lain yang jadi.. so layan je lah...

Mini Stacked Wedding Cake








24 hb Oktober 2010 di sugarflour belajar mini stacked wedding cake. Stail kali ni guna poured and rolled fondant method. Okey dapat mengalaman baru, cara yang lebih kurang sama gak dengan steam buttercream. Ini hasilnya....

Saturday, October 23, 2010

Class Barbie Cake




Hari ni Cikgu Effa datang umah mengajar Kek Barbie ni. Thanks sebab susah-susah datang sini walaupun baby effa tak berapa sihat. Cukup puas hati... Tapi sayang tak sempat nak snap gambar Effa sebab dia terpaksa balik sebab ada hal kat rumah dia. Apapun inilah hasilnya. Khas untuk anak dara saya yang akan sambut besday 25 October ni... Happy Besday Sayang...Semoga kakak sentiasa gembira dan sihat selalu.

Cupcakes Hantaran & Chocolate





Cupcakes hantaran dan 35 pcs Chocolate Real with pupple dan pink theme Order From Iqa untuk sepupunya. Thanks Iqa for the order. Nanti boleh order lagi. Sorry buat Iqa tertunggu-tunggu yer..

Monday, October 18, 2010

Cartoon Kek



Kek ni adalah permintaan kakak untuk dibawa ke sekolah agama sempena birthday kawan dia, dan diorang semua planing nak buat party. Maklumlah dah hujung tahun ni, sekolah pun tak belajar sangat. So apalagi.. enjoyyyy... hehehe. Opps tengah periksa, esok start. Takpe enjoy dulu... Kek double chocolate dengan buttercream. Eh.. lupa lak.. tengok tulisan tu, tulah yang mahal tu.. tulisan jawi lagi. Mana nak dapat kalau pergi kedai cina... hehehe (kakak yang tulis)

Friday, October 8, 2010

Karipap Pusing


Raya hari tu, sempat juga minta kakak Ipar yang datang menginap kat sini ajar buat karipap pusing. Kak Ipar aku ni sebenarnya memang pandai memasak masakan kelantan ngan masakan ala thai. Dah alang-alang dia ada kat sini mintalah dia ajar 2 - 3 jenis lauk ( hehehe... sebenarnya dia yang masak untuk we all semua.. boleh gitu..?, almaklumlah bibik takde.. balik Indon, cuti raya dan aku plak bab memasak lauk ni failed.. hik.. hik..) Kakak Ipar aku ni memang terorlah bab memasak ni sebab dia meniaga nasi berlauk kat Kelantan nun. Antara menu jualan dia ialah nasi berlauk, nasi kerabu, nasi dagang... ala... menu biasa yang akan kita jumpa bila kita pergi kedai nasi berlauk tuu. Berbalik pada karipap pusing ni, proses pembuatan dia rumit sikit, ada step step yang kena ingat.. tu yang kena snap tu, kalau tak gerenti lupa... Dan yang penting bila siap... licin pinggan..