Friday, October 29, 2010

Cupcakes






Order from kak ti... ala lukisan tak cantiklah.. so macam nilah jadinya... lain yang dilukis lain yang jadi.. so layan je lah...

Mini Stacked Wedding Cake








24 hb Oktober 2010 di sugarflour belajar mini stacked wedding cake. Stail kali ni guna poured and rolled fondant method. Okey dapat mengalaman baru, cara yang lebih kurang sama gak dengan steam buttercream. Ini hasilnya....

Saturday, October 23, 2010

Class Barbie Cake




Hari ni Cikgu Effa datang umah mengajar Kek Barbie ni. Thanks sebab susah-susah datang sini walaupun baby effa tak berapa sihat. Cukup puas hati... Tapi sayang tak sempat nak snap gambar Effa sebab dia terpaksa balik sebab ada hal kat rumah dia. Apapun inilah hasilnya. Khas untuk anak dara saya yang akan sambut besday 25 October ni... Happy Besday Sayang...Semoga kakak sentiasa gembira dan sihat selalu.

Cupcakes Hantaran & Chocolate





Cupcakes hantaran dan 35 pcs Chocolate Real with pupple dan pink theme Order From Iqa untuk sepupunya. Thanks Iqa for the order. Nanti boleh order lagi. Sorry buat Iqa tertunggu-tunggu yer..

Monday, October 18, 2010

Cartoon Kek



Kek ni adalah permintaan kakak untuk dibawa ke sekolah agama sempena birthday kawan dia, dan diorang semua planing nak buat party. Maklumlah dah hujung tahun ni, sekolah pun tak belajar sangat. So apalagi.. enjoyyyy... hehehe. Opps tengah periksa, esok start. Takpe enjoy dulu... Kek double chocolate dengan buttercream. Eh.. lupa lak.. tengok tulisan tu, tulah yang mahal tu.. tulisan jawi lagi. Mana nak dapat kalau pergi kedai cina... hehehe (kakak yang tulis)

Friday, October 8, 2010

Karipap Pusing


Raya hari tu, sempat juga minta kakak Ipar yang datang menginap kat sini ajar buat karipap pusing. Kak Ipar aku ni sebenarnya memang pandai memasak masakan kelantan ngan masakan ala thai. Dah alang-alang dia ada kat sini mintalah dia ajar 2 - 3 jenis lauk ( hehehe... sebenarnya dia yang masak untuk we all semua.. boleh gitu..?, almaklumlah bibik takde.. balik Indon, cuti raya dan aku plak bab memasak lauk ni failed.. hik.. hik..) Kakak Ipar aku ni memang terorlah bab memasak ni sebab dia meniaga nasi berlauk kat Kelantan nun. Antara menu jualan dia ialah nasi berlauk, nasi kerabu, nasi dagang... ala... menu biasa yang akan kita jumpa bila kita pergi kedai nasi berlauk tuu. Berbalik pada karipap pusing ni, proses pembuatan dia rumit sikit, ada step step yang kena ingat.. tu yang kena snap tu, kalau tak gerenti lupa... Dan yang penting bila siap... licin pinggan..

Monday, September 6, 2010

Hamper Hari Raya





Salam Lebaran....

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang setia mengujungi blog saya. Maaf dipinta sekiranya ada terkasar bahasa yang mengguris hati dan perasaan. Sempat menyiapkan hamper untuk teman sekerja dan juga tempahan adik-adik untuk dijadikan buah tangan kepada pasangan masing-masing.

Monday, August 30, 2010

Raya Project


Pinapple Tart


Conflakes Cluster Praline


Chocolate Almond Finger



Blueberry Tart

Raya Project

Haa... raya dah dekat dah ni. Apa lagi sibuk ngan persiapan raya lah pulak. Baju raya dah beli siap. Untuk Mak Abah, Bapa mertua dan adik aku yang sorang tu. Kuih raya pulak kena buat lebih tahun ni, bukan apa untuk ole-oleh dibawa balik ke kampung dan jugak untuk bibik yang nak balik bercuti ke Indonesia tahun ni. ishh tak lama lagi ni. tinggal seminggu je lagi nak disiapkan semua cookies ni sebelum bibik balik. Antara yang sempat siap dibuat...

Saturday, August 14, 2010

Apam Comel



Apam comel ni lagi kan... glamer dah apam ni. Kali ni untuk jemputan makcik untuk berbuka puasa di rumah beliau. Bolehlah dikatakan buah tangan. Apam chocolate dan bluberry. kali ni ubahsuai sikit untuk apam chocolate tu. Apapun harap mereka sekeluarga suka dengan apam ni..